Trip 23 Dis 2010 dari 2.30-6.40 petang, bersama Zorro di sg,Batangan Baru menghasilkan beberapa ekor Belais,Kitang dan anak2 ikan. Hanya Siakap Merah Tunggal hampir 2 kilo berjaya saya naikkan apabila waktu hampir senja..itu pun kepala ikan ni banyak kecederaan...terubat juga gian nak menarik siakap atas sekilo ni....
Thursday, December 23, 2010
Siakap Merah Sg.Batangan Part 2
Posted by Junaidih. S at 3:27 AM 0 commentsTuesday, December 21, 2010
SEPIT BIRU WESTON,
Posted by Junaidih. S at 4:11 PM 0 comments
Reunion bersama rakan kelas di pada tahun 1991 di Tiara Hotel Pulau Labuan..sedih dan gembira bercampur aduk apabila bertemu semula 20 tahun selepas alam persekolahan..yang sedihnya pula terpaksa berpisah lagi selepas pertemuan ini....selepas reunion ini saya sempat lagi meluangkan masa memancing sepit biru di Pusat peranginan Ko Nelayan Weston...pakej yang disediakan RM 35 seorang dan boleh mancing puas-puas...kalau tak nak menginap boleh bayar RM 3 untuk tiga jam dan lepas tu seringgit setiap jam.
Friday, December 10, 2010
Holiday at Shenzhen, China 2010
Posted by Junaidih. S at 4:07 PM 0 comments
Mancing... Mancing juga...cuti-cuti bersama isteri jangan dilupa...trip di Shenzhen bersama isteri dan anak buah...sempat lagi makan ikan segar di hotel Muslim di Lu Ho...lain tempat payah cari makanan halal...nasib baiklah ada AIRASIA..bersesuaian dengan sloganya everyone can fly... boleh juga melancong kalau tidak melancong sajalah di Kapal Pancing..
Thursday, December 9, 2010
Zorro Memancing
Posted by Junaidih. S at 7:01 PM 0 comments
Gambar-gambar yang belated di upload pada trip 2 minggu lalu...anggota baru... zorro..menaikkan beberapa ekor siakap merah dan Rahaman juga tidak ketinggalan menaikkan spesis yang sama. Sementara siakap diatas adalah rekod peribadi saya menggunakan tali 8 paun....koyan dengan tali 8 paun saya gunakkan untuk mengail ikan Belais dan Kitang..tapi siakap pula memakanya...kira bonuslah...
Wednesday, December 8, 2010
Siakap Merah Sg.Batangan Baru
Posted by Junaidih. S at 4:31 AM 2 commentsWednesday, December 1, 2010
Mantanani 2
Posted by Junaidih. S at 5:23 PM 2 comments
Trip Mantanani 2, disertai oleh Saya,Malik, Datuk K,Rahman,Radin dan Mahmud..Hanya 3 ekor saiz besar bejaya dinaikkan tenggiri,Aruan Tasik dan Ikan Cermin yang lain saiz sekilo...seperti tambak, ikan putih dan yang paling banyak saiz 500gram...trip semalaman ini menimbulkan kesengsaraan kepada sebilangan daripada kami kerana cuaca berombak(ombak utara..kapal tidak berhenti berlenggang semalaman) dengan angin yang kuat..jawabnya banyak yang tidur..tapi ada juga hasil untuk dibawa pulang
Thursday, November 25, 2010
RAMPAYAN LAUT RIVER
Posted by Junaidih. S at 1:40 AM 0 commentsSaturday, November 13, 2010
Trip Malam
Posted by Junaidih. S at 1:39 AM 0 comments
Trip 12/10/2010 waktu malam sampai pagi bersama Azizan dan Datuk K hanya menghasilkan 3 ekor siakap merah dan 3 ekor kerapu...Ikan bedukang menjadi juara pada malam ini......puluhan ekor berjaya dinaikkan oleh kami.....menjelang subuh saudara Azizan menerima 2 sentapan tahap monster yang berkesudahan perambut 30 paun putus bergesel dengan struktur bertiram dibawah sangkar....tidak lama selepas tu saya pula menerima sentapan monster...perambut 30lb Ajiking fluoroucarbon pun putus setelah bertarung 30 saat dengan dengan drag ketat habis.....selang beberapa minit lepas tu saya menerima lagi sentapan monster.....kali ini saya cuba berikan tali dengan melonggarkan drag tapi agak ketat sampai tali tangsi berdecit-decit keluar..kesudahanya juga putus apabila tali utama bergesel dengan struktur bertiram dibawah sangkar.....frust lagi.....
Sunday, October 31, 2010
Sepit Biru Sg.Tuaran
Posted by Junaidih. S at 3:32 AM 0 comments
Trip Mancing 31 /10/2010 bersama Datuk K dan Saudara Azizan...hanya menghasilkan 1 siakap dan 1 ekor sepit biru..sepit biru ini adalah rekod terbesar yang saya naikkan secara peribadi di sungai ini..ukuran dari ekor hingga hujung sepit 2 kaki 1 inci, ukuran dari ekor hingga hujung tanduk 1 kaki..ukur lilit kepala tengah 7.5 inci.....monster pertama saya di sungai ini...
Tuesday, October 26, 2010
KURAU SG SAMBA
Posted by Junaidih. S at 4:57 PM 0 comments
Kurau yang diperolehi oleh saudara Mahmud dengan sepupunya di Sg. Samba. Kira Rekod jugalah sebab jarang atau tidak pernah saya mendapat ikan kurau di kawasan ini....kecuali di Sg Serusup...tidak mustahil ikan ini berhijrah hingga ke hulu Sg Samba dari Sg Serusup kerana keadaan air masin mula naik ke hulu sebab kemarau beberapa minggu ni..
Saturday, October 23, 2010
Hasil Pancingan Tepi Sangkar
Posted by Junaidih. S at 5:12 AM 2 comments
Trip 23/10/2010...Trip di Sg Batangan Baru bersama Datuk K dan Yus....Hasil amat memuaskan..bahagian saya saja satu baldi kecil pelbagai jenis ikan..... target asal adalah layan anak ikan putih..tetapi kekadang ada juga monster sesekali meragut umpan. Datuk K saja mendapat 2 strike yang menyaksikan perambut 25 paun putus begitu saja...nak bagi tali..ikan memecut laju ke bawah sangkar jadi terpaksalah ketatkan drag....hasilnya kempunan.....pakai perambut besar ikan tak makan pula...nasib badanlah..
Monday, October 18, 2010
Sg. Termenung
Posted by Junaidih. S at 6:19 AM 0 comments
Trip 16/10/2010 bersama Rahman di Sg Termenung hanya menghasilkan 4 ekor siakap merah besar tapak tangan...banyak masa dihabiskan termenung menunggu ikan meragut umpan dan berborak dengan pemancing lain disebelah perahu kami..hanya Rahman yang merasa tarikan kasar..walaubagaimanapun setelah bertarung hampir seminit ikan dapat memutuskan perambut 30 paun...ish..sayang..sementara saya asyik ambik gambar sehinggakan sempat juga ambik gambar awan berbentuk burung...