Thursday, December 15, 2011

Belais Karambunai

0 comments




Trip 14/12/2011 berama Amir ....kami berjaya menaikkan ikan belais sebanyak 24 ekor, sekor alu-alu. ikan sebelah dan 2 ekor ikan tanda...kira sukses juga buat lauk 2 hari...

Monday, December 12, 2011

MJ SG. BETUTAI

0 comments



Trip 12/12/2011..di Sg Betutai bersama adik ipar,Mahmud dan Victor...menghasilkan beberapa ekor MJ saiz S...hanya sekali sahaja sentapan tahap monster berlaku pada handline adik ipar saya...sehinggakan jari beliau terluka oleh ketajaman tangsi yang dihenjut laju oleh pemangsa yg tidak diketahui...perambut 40 paund putus...mungkin ikan ini dapat ditewaskan sekiranya tangsi handline ni panjang malangnya tangsi tidak sampai 20 meter...kempunanan bro..

TRIP TAK JADI

0 comments




Alahai Trip 8/12/2011 yang dirancang ke Pulau Mantanani..terpaksa dibatalkan kerana ombak kuat...kami dah bersedia di jeti kg Rampayan Laut...kempunan saudara Iskandar dari Melaka menduga laut sekitar Pulau Mantanani...tujuan utama beliau bertandang ke Sabah adalah untuk menduga perairan Sekitar Pulau dan menghadiri majlis perkahwinan keluarga...tak apelah Is...tahun depan boleh datang lagi dalam bulan Mac...

Monday, December 5, 2011

IKAN CERMIN (RAMBAIAN)

0 comments




Trip bersama biras dan adik ipar menghasilkan beberapa ekor ikan saiz medium sahaja...syukurlah terubat juga gian memancing...Biras saya(dalam gambar diatas) yang baru mula berjinak-jinak dalam bidang ini nampaknya mula ketagih dah...hantu pancing sudah mariiiii......

Monday, November 28, 2011

PARI GAYANG

2 comments




Alahai lama betul tak update blog ni akibat faktor masa yang tidak mengizinkan....baru kelmarin trip 28/11/2011 di Sg Gayang Tuaran bersama Azizan dan adik Ipar...tujuan asal target anak-anak ikan putih saiz tapak tangan...tapi pari pula mengena joran saya jenis ultra ringan dengan matakail saiz no 8....fullamak karan habis..mungkin rezeki badanlah nampaknya..

Friday, September 16, 2011

AMUKAN KERAPU

3 comments






Trip hari Malaysia 16/9/2011(3.00-5.45 petang)....bersama Azli dan Azizan...kali ini kami merdeka dari kumpau..trip sebelum ini selalu kumpau...Kerapu sekilo lebih mengamuk..hasilnya sorang bawa pulang tiga ekor kerapu sesuai untuk stim...ikan masih makan...nanti sambung lagi esok pula....

Wednesday, September 14, 2011

SELUNSUNG 2

0 comments



Geng pancing Mr Mahmud dan anaknya Faiz bergaya dengan tangkapan masing-masing...lokasi Sg Samba.Tuaran

Sunday, August 14, 2011

Trip Ramadhan 2011

0 comments









Trip Ramadhan di Pelantar Minyak di Kota Belud..Sabah...Kami hanya boleh memancing sekitar 400 meter dari pelantar...cuaca amat baik ketika ini tetapi pendapatan agak kurang kerana ketiadaan arus sepanjang malam....seronok jugalah berpuasa dilaut bersama rakan-rakan....Berpuasa bukan halangan untuk meneruskan hobi ini..wasalam

Monday, July 25, 2011

MJ Idaman

5 comments


Salam kepada kepada semua...oleh kerana kesibukan yang memanjang.Nak update blog nie pun tak sempat...hampir sebulan saya dan team barira berehat panjang...minggu ni baru turun padang semula dilubuk biasa hasilnya sudara Rahman berjaya menaikkan MJ saiz dua kilo dan spesis lain yang masih tahap baby....

Monday, May 9, 2011

MANTANANI 4

1 comments






Trip 7-8 mei di Pulau Mantanani kurang sukses kerana pada waktu tengah malam hingga ke pagi kami dipukul ombak. Angin barat bertiup kencang...kami lebih banyak tidur daripada memancing...pada waktu pagi saya cuba jigging menggunakan williamson 250g berjaya menaikkan anak kerapu...hasil jigging pertama saya di Pulau ini.

Sunday, May 1, 2011

MJ GAYANG TUARAN

1 comments




Trip 30/4/2011 bersama Azli dan Azizan menghasilkan 2 ekor MJ....trip kali ini mesin shimano dan joran saya melompat dari perahu dan tenggelam di sungai akibat sentapan ikan..terlupa longgarkan drag..nasib baik pakar selam saudara Yus yang kebetulan berdekatan dengan perahu kami, menggunakan kemahiran beliau...akhirnya mesin ini berjaya ditemui....syukur alhamdulliah..dengan mesin ini juga saya berjaya naikkan 2 ekor MJ setengah jam selepas ditemui....

Sunday, April 24, 2011

Mantanani 3

0 comments













Trip Good Friday di Pulau Mantanani bersama rakan-rakan Barira bersama rakan baru menghasilkan tangkapaan yang agak baik..walaupun ombak agak kuat dan ramai yang mabuk laut...tangkapan masih memauaskan,,,,