Monday, February 15, 2010

Operasi Buka Tagal Kg Kaung Kota Belud

0 comments







Balik dari trip semporna saya mengikuti operasi buka Tagal Kg.Kaung pada 15hb.Ikan kelah atau Pelian(kalau di sabah)Berkarung-karung telah dinaikan di sungai ini oleh orang kampung..Gambar yang di ambil ni adalah ikan yang pertama dinaikkan oleh rombongan pertama dan rombongan kedua belum sampai dilokasi pengumpulan ikan.Ikan Sensilog(gambar atas) atau belut sungai antara ikan yang menjadi kesukaan orang kampung kerana jarang diperolehi dan rasanya yang sedap.

Trip SeMpoRnA Sabah

0 comments









Trip semporna sabah, pada 13-14 febuari 2010, saya, mentua, Gili_young,Datuk K, Abd M bersama adik dan Sifu Karim.Trip ini tidak memuaskan akibat beberapa faktor terutamanya malam 13hb angin utara agak kuat mengakibatkan kami membatalkan trip walaupun kami sudah berada di lokasi. Pagi 14hb cuaca agak baik kami berlabuh berdekatan pulau Dinawan(anggaran 1 nautika). malangnya hanya ikan batu(tambak,kerapu dll) saiz tapak tangan saja yang menyambar walaupun banyak berubah tempat. Tekong yang membawa kami pada pagi tu tidak berpengalaman dan tidak mempunyai peralatan Fish Finder dan GPS..akibatnya alatan pancing berat(Shimano, Ajiking, Penn) yang kami bawa tidak merasa sentapan yang sepadan.Walaubagaimanapun kami berterima kasih kepada pengurus trip kami Haji kerana mempelawa kami tidur di rumah beliau di pulau Bum-bum siap dengan makan malam dan sarapan pagi...eeee rasanya bukan trip memancing tapi jalan-jalan cari makan..

Monday, February 1, 2010

Lubuk Rahsia Siakap Merah Kg. Rampayan Laut

0 comments





Trip 30.01.2010 bersama datuk K dan abang ipar merupakan penutup tirai bagi bulan januari. Seperti biasa trip ini dikira sukses kerana menghasilkan siakap merah sebanyak 23 ekor(tidak termasuk yang rabut tidak lebih daripada 10 sentapan)2 ekor anak jenahak(tambong) 1 ekor sembilang dan lain-lain jenis anak ikan tidak masuk dalam gambar.Lubuk rahsia ini jarang mengecewakan team barira,.. jika keadaan air dan arus yang sesuai..Rekod terbaik pada lubuk ini melebihi 30 ekor siakap merah.Trip kali hanya menghasilkan siakap merah bawah 600gram.Walaupun gagal menaikkan siakap merah atas sekilo sekurang-kurangnya terubat juga rasa gian sentapan ikan merah ni...sementara gambar pokok herba yang paling atas digunakan untuk menawarkan bisa sengatan serangga dan ikan sembilang(cara menggunakan kunyah/tumbuk daun dan akarnya dan tampal ditempat yang disengat..selamat mencuba herba ini..ia banyak tumbuh di sekitar berhampiran tebing sungai...