Wednesday, November 25, 2009

PrOjEk 3 SuNgAi

0 comments




Projek sebelum raya 25/11/2009 ..jam 5.00 petang- 8.00 pagi(semalaman) saya dan mahmud menjelajah lapangan pancing sg.betutai, sg.samba,dan sg serusup.Hanya beberapa ekor yang dapat diperolehi seperti dalam gambar..Ini adalah faktor cuaca yang hujan renyai-renyai dan keadaan air sungai yang bersuhu sejuk akibatnya ikan kurang aktif. Walaupun sering berubah tempat tapi sambaran ikan kurang ..hanya sekali saya mendapat sambaran kuat sehingga joran aksi medium melengkung U..dengan padanan mesin banax GT 2000W..dengan umpan seekor tamban..tapi sayang ikan terlepas..ini kerana saiz mata kail yang digunakan kecil(biasaklah tertinggal pula mata kail besar..kes cuailah ni tak cek peralatan sebelum jalan)..Tapi syukur juga kerana joran aksi ringan saya mengena ikan gerut, london dan ikan merah saiz sederhana..terlepas juga rasa gian melihat joran melengkung.....

Thursday, November 19, 2009

IKAN TIRUSAN SERUSUP

0 comments


19 Nov 2009. Trip 3.00-8.00 malam, menghasilkan ikan Tirusan seberat 2 kilo.. tapi sayang kualiti gambar agak mengecewakan disebabkan hanya kamera handphone digunakan pada waktu malam.Saudara Azli merasai tarikan ikan hampir 2 kilo dengan joran ringan tentu cabarannya amat mendebarkan dengan tali perambut 25 paun dan tali utama 20 paun..

Wednesday, November 18, 2009

Sg. SeRuSuP, Tuaran

0 comments




17 Nov 2009, Saya, Azli dan Mahmud mengadakan Trip singkat bermula jam 3.30 - 8.00 ptg menghasilkan ikan merah taiwan(asal ikan sangkar)dan spesis lain.

SeLuNsUnG Sg. SaMBa

0 comments

Saturday, November 14, 2009

Sg. SaMbA ..NOV 2009

0 comments


...AHA.. BAPA BEDUKANG...( Azli dan Mahmud dalam gambar).apabila bedukang mulai menghuni kebanyakan sungai di sekitar tuaran habitat asal kebanyakanya mula pupus.Inilah pertama kali kami mendapat bedukang sepanjang memancing di sungai ini.

Sunday, November 8, 2009

SG. BETUTAI LAGI

0 comments




Trip memancing sg. Betutai saya, Mahmud dan saudara Azizan.Walaupun seharian memancing tangkapan agak mendukacitakan... saiz sekilo keatas gagal diperolehi.Walaubagaimanapun terubat juga gian memancing kerana saya menggunakan set pancing ringan ..terasa juga tarikan ikan...biasalah adat memancing...