Saturday, June 26, 2010

SEMBILANG OH SEMBILANG 2

0 comments






Trip ke Sg. Tuaran bersama saudara Azizan pada 26/06/2010. Bermula dari jam 2.15-6.15 petang....menghasilkan 6 ekor sembilang... 5 ekor sembilang saya berjaya naikkan(ikan pertama saya 1 kg dan yang kedua 1.8 kg... 3 lagi bawah 1 kg)..sementara saudara Azizan berjaya menaikkan sembilang tunggal beliau seberat 1.9 kg. eehhh ..Puas makan sembilang bro..

Sunday, June 20, 2010

Hajat Tak Kesampaian

2 comments



Trip Hari minggu yang tak kesampaian.Saya ,Alfie dan Zahari..berhajat hendak memancing di Laut takat Lok Bou Rampayan Laut. Tapi malangnya perahu tidak boleh keluar muara kerana ombak besar..akhirnya kami ambil keputusan memancing di sungai.. berjam-jam memancing hanya baby sembilang yang di naikkan...mungkin faktor air banjir di sungai...maka ikan tak sudi menjamah umpan..biasalah adat memancing...

Thursday, June 17, 2010

Todak Oh Todak

0 comments



Trip 17/6/2010...Menghasilkan todak seekor dan pelbagai jenis ikan(putih,kembung,kerapu) . Trip hari ini kurang sukses.Saya hanya dapat pelbagai jenis ikan lingkungan 2 kilo tidak termasuk todak. Walaubagaimanapun saya menerima sentapan agak kuat sehinggakan mata kail appolo lurus...sayang tak sempat nak tengok jenis apa ikan tersebut...

Monday, June 14, 2010

Takat Tubu-Tubu Rampayan Laut

0 comments





Trip 14/6/2010 di Takat Tubu-tubu Nanamun di Kg. Rampayan Laut, Kota Belud.Sabah.Bersama Jalumin dan Bakrim menghasilkan tangkapan yang memuaskan dengan pelbagai jenis ikan(putih,Tulai,kerisi dan lain-lain).Gambar ikan di atas adalah pendapatan saya seorang belum lagi campur hampir 2 kilo ikan pelbagai jenis yang saya berikan dengan emak saya.Hasil tangkapan kedua2 rakan pancing saya pun lebih kurang sama banyak denga hasil yang saya dapat(tak sempat ambil gambar kerana di tong ikan masing-masing....rasa nak balik mancing lagi pada takat ini dalam masa terdekat..insyallah.

Thursday, June 10, 2010

Sembilang Oh Sembilang..

0 comments




Trip 10/6/2010 Sg.Tuaran bersebelahan Kilang Baja ikan(QL Marine)dari jam 2.00-6.00 petang menghasilkan sembilang..Saudara Rahman menaikkan 1 ekor sembilang saiz XL.saya pula hanya baby sembilang sebanyak 3 ekor..

Tuesday, June 8, 2010

Bapa Borek Anak Rintik

0 comments





Memancing di Sg. Tuaran jam 2.00- 5.40 petang bersama anak dan Rahman.Menghasilkan ikan bedukang dan duri. Hanya saudara Rahman merasa bertarung sembilang saiz XXL.Tapi malangnya tali perambut 30 pound putus semasa beliau cuba menaikkannya dari tebing sungai yang agak tinggi(Alahai bukan rezekilah tu).Sementara budak kecik dalam gambar adalah anak(izzul) saya, sangat minat memancing....asal mancing mesti mahu ikut..tapi saya jarang bawa.. kecuali di kawasan tebing2 sungai atau pantai..masih kecik lagi..Tapi kekadang kesian juga..merayu-rayu mahu ikut...terpaksa bawalah..lagipun dialah bakal pewaris "Fishing Equipment" saya satu hari nanti...

Monday, June 7, 2010

Jemu Layan Pisang-Pisang

0 comments








Trip 7/6/2010 di Lok Bou Kg rampayan Laut Kota Belud..Saya, Jalumin dan Bakrim..sudah tiga kali kami mengunjungi takat ini..majoriti ikan kami naikkan pisang-pisang juga..ada juga ikan putih, kerapu, tulai, ikan keropok yang kami naikkan..rasanya takat ini bagus, pelbagai ikan ada dalam takat ini..malangnya labuh saja umpan pisang2 juga yang dahuluan..ikan lain tak dapat bersaing agaknya..mungkin beratus ribu pisang2 dalam takat ini(lihat saja tong ikan saya penuh lain lagi bawa perahu dan kekawan saya belum kira lagi..puluhan kilo.aduh..tak habis2 pisang2 ni)..sampai saya jemu memancing di takat ini..walaubagaimanapun syukur rezeki Allah bagi...lain trip mahu cari takat baru lagi..sebelah kampung Nanamun..insyallah minggu depan.

Thursday, June 3, 2010

Lok Bou Again

0 comments






Trip ke Lok Bou lagi bersama Jalumin dan Bakrim.. hanya menghasilkan pisang2 dan alu-alu kecil bersama pelbagai jenis ikan lain saiz S. Seperti biasa berkilo-kilo ikan pisang2 kami naikkan ..sedap buat ikan masin...

Tuesday, June 1, 2010

Ikan Kelah Kg. Luanti Ranau

0 comments






Tagal Kg. Luanti Ranau. Dibuka sebagai pusat pelancongan dan mesti dikunjungi apabila bertandang ke Ranau Sabah. Bayaran dikenakan sebanyak RM 5 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak. Anda dibenarkan selama 15 minit bermain dengan ikan kelah di sungai ini dengan dibekalkan sedikit makanan ikan. Ikan kelah jinak ini akan makan ditapak tangan..rasa geli juga sebab ikan ni pelahap, sehinggakan jari-jari kita di sedut..mungkin ikan ini ingat makanan juga..rasa tak puas bermain dengan ikan-ikan di sungai ini..Anda juga dibenarkan mandi dan dihiburakan dengan nyanyian kadazandusun dengan iringan instrumen tradisional daripada Buluh..