Tuesday, December 29, 2009

PaRi Kg. NaNaMuN KoTa BeLuD.

0 comments

IkAn SiAkAp Merah Kg. Nanamun

0 comments




Trip 29/12/2009 bersama adik ipar dan Datuk K..memburu ikan siakap Merah..dikira Sukses..kerana tarikan ikan pada trip ini melebehi 30 kali(strike) banyak yang rabut. Bonus seekor pari anggaran lebih 5 kilo.

Saturday, December 26, 2009

Trip Krismas "Menyelam Sambil Minum Air"

0 comments






Menjelang Krismas 25/12/2009..Saya,Abang,Datuk K dan Abang Ipar mencuba nasib di kg Halaman saya Di Kg.Rampayan Laut. Kota Belud. Jam 3.00 selepas sembahyang jumaat kami menurunkan perahu di sungai kelihatan ramai pemancing ditepi2 sungai..ada yang memasang Khemah(macam pesta Krismas pula).Hampir kesemua pemancing yang memancing di kampung ini adalah orang luar(dari kg jawi2, Taun gusi, Tempasuk dan lain2) pelik juga budak2 kampung saya ni bukan suka memancing kalau ada pun mesti naik perahu dayung(mancing pakai koyan)mereka tak minat mancing guna joran.Semalaman kami memancing hanya beberapa ekor tambung dan siakap merah, sembilang dan pari..Saya 2 kali rabut dengan menggunakan perambut 25 paun..entahlah ikan apa yang gagah tu..eee..Kelihatan dalam gambar Datuk K(Pegang sembilang dan Tambong...EEEE yang pegang Tenggiri dan ikan kayu tu abang ipar saya(kebetulan pagi2 tu nelayan baru sampai dari laut jadi saya belilah ikan tenggiri tu(RM10 sekilo)segar lagi belum sempat masuk ais, boring juga balik2 makan tambong dengan siakap merah.

Tuesday, December 22, 2009

Trip Siakap Merah

0 comments


Saya, Mahmud dan Azizan mengadakan trip 22/12/2009. di sungai samba, menghasilkan ikan siakap 2 ekor bawah sekilo dan beberapa ekor "tambong" dan kerapu.

Sunday, December 20, 2009

Kg.Rampayan Laut . Kota Belud

0 comments




Trip bersama adik ipar bermula 3.00 ptg -6.50 ptg menghasilkan 2 siakap merah dan seekor pari. hanya satu sentapan kasar dengan umpan udang saiz XL tapi rabut..

Monday, December 7, 2009

Sg. Serusup ,Tuaran

0 comments



Trip memancing 6/12/2009 jam 3.30ptg - 8.00 malam.Trip mancing Saya dan Mahmud hanya menghasilkan ikan Cermin(rambaian) dan gerut saiz bawah 1 kilo.Trip kurang sukses...

Trip. Sg. Rampayan Laut Kota Belud

0 comments





Trip 5/12/2009. Selepas gagal mendapatkan ikan dari sg.kg Tamau. Kami bergegas ke Kg. Rampayan Laut dan sampai sekitar jam 12.30 tgh.Air mula pasang..sayang umpan udang yang kami bawa telah mati kesemuanya..harapan untuk mendapatkan ikan merah tipis.Tapi kami masih berharap akan mendapat ikan sembilang walaupun ikan sembilang galak memakan umpan pada waktu surut laju di kampung ini.Ternyata harapan itu terkabul jua di mana saya menaikan sembilang 20 minit selepas melabuhkan umpan dan dituruti oleh 2 ekor sembilang bawah 1 kilo rasanya oleh adik ipar saya..kami menamatkan trip ini sekitar jam 4.30 petang.

Trip Sg. Kg. Tamau

0 comments


Panaorama Muara Sg.Kg Tamau.Trip mancing berlangsung pada 5/12/2009 dari jam 8.00 -12.00 tgh hanya menghasilkan anak-anak ikan kecil.

Wednesday, December 2, 2009

Ikan Merah Sg Serusup

0 comments



Trip 3.30ptg - 8.00 mlm menghasilkan 2 ikan merah saiz purata sekilo kepada saudara Azli dan beberapa ekor ikan putih dan kerapu bawah 500 gram..Sukses..yoo.... saya gagal menaikkan ikan merah pada malam ini..hanya memperolehi ikan kecil...

Wednesday, November 25, 2009

PrOjEk 3 SuNgAi

0 comments




Projek sebelum raya 25/11/2009 ..jam 5.00 petang- 8.00 pagi(semalaman) saya dan mahmud menjelajah lapangan pancing sg.betutai, sg.samba,dan sg serusup.Hanya beberapa ekor yang dapat diperolehi seperti dalam gambar..Ini adalah faktor cuaca yang hujan renyai-renyai dan keadaan air sungai yang bersuhu sejuk akibatnya ikan kurang aktif. Walaupun sering berubah tempat tapi sambaran ikan kurang ..hanya sekali saya mendapat sambaran kuat sehingga joran aksi medium melengkung U..dengan padanan mesin banax GT 2000W..dengan umpan seekor tamban..tapi sayang ikan terlepas..ini kerana saiz mata kail yang digunakan kecil(biasaklah tertinggal pula mata kail besar..kes cuailah ni tak cek peralatan sebelum jalan)..Tapi syukur juga kerana joran aksi ringan saya mengena ikan gerut, london dan ikan merah saiz sederhana..terlepas juga rasa gian melihat joran melengkung.....

Thursday, November 19, 2009

IKAN TIRUSAN SERUSUP

0 comments


19 Nov 2009. Trip 3.00-8.00 malam, menghasilkan ikan Tirusan seberat 2 kilo.. tapi sayang kualiti gambar agak mengecewakan disebabkan hanya kamera handphone digunakan pada waktu malam.Saudara Azli merasai tarikan ikan hampir 2 kilo dengan joran ringan tentu cabarannya amat mendebarkan dengan tali perambut 25 paun dan tali utama 20 paun..

Wednesday, November 18, 2009

Sg. SeRuSuP, Tuaran

0 comments




17 Nov 2009, Saya, Azli dan Mahmud mengadakan Trip singkat bermula jam 3.30 - 8.00 ptg menghasilkan ikan merah taiwan(asal ikan sangkar)dan spesis lain.

SeLuNsUnG Sg. SaMBa

0 comments

Saturday, November 14, 2009

Sg. SaMbA ..NOV 2009

0 comments


...AHA.. BAPA BEDUKANG...( Azli dan Mahmud dalam gambar).apabila bedukang mulai menghuni kebanyakan sungai di sekitar tuaran habitat asal kebanyakanya mula pupus.Inilah pertama kali kami mendapat bedukang sepanjang memancing di sungai ini.

Sunday, November 8, 2009

SG. BETUTAI LAGI

0 comments




Trip memancing sg. Betutai saya, Mahmud dan saudara Azizan.Walaupun seharian memancing tangkapan agak mendukacitakan... saiz sekilo keatas gagal diperolehi.Walaubagaimanapun terubat juga gian memancing kerana saya menggunakan set pancing ringan ..terasa juga tarikan ikan...biasalah adat memancing...

Monday, October 12, 2009

EDISI KHAS ( DATUK K DAN MR LEE)

0 comments









Edisi khas ini saya abadikan buat Datuk K dan MR Lee..sebagai ingatan ikhlas saya terhadap nilai persahabatan yang terbina melalui dunia pancing sejak 2005 - 2009. walaupun saya sudah berpindah di tempat lain persahabatan ini masih berkekalan dan amat saya hargai...

Sunday, October 4, 2009

Sg. SaMBa, Tuaran.

0 comments




Saya dan Mr Mahmud buat trip memancing di sg. Samba, Tuaran, pada 04/10/09 hari Ahad.Nampaknya Sg. Samba masih terpelihara dari pencemaran dan ikan pelbagai jenis masih dadapti di sungai ini. Lubuk memancing pun masih banyak. Trip kali ini hanya menggunakan kaedah bottom fishing. Akan datang kami akan cuba pula casting ditempat ini..tunggu laporanya nanti..

Friday, October 2, 2009

CaMPiNG Di KaRaMbUnAi LaGooN

2 comments



Camping dan memancing di Karambunai Lagoon, Tuaran bersama keluarga mentua..

Projek Lepas Raya

0 comments


Saya dan Mr Azli telah memancing di sg. Serusup Tuaran,pada 30 september 2009. Bermula dari jam 7.30- 12.00 tengah malam. Ikan seekor ni saja yang naik. Saya menerima sentapan dengan umpan sekor basung tapi malang ikan menyelinap di bangkar kayu..musnah harapan untuk melihat apakah spesis yang menjamah seekor basung tersebut. kami terpaksa pulang awal kerana keadaan angin yang semakin kuat dan hujan.

Friday, September 18, 2009

Trip 2 HaRi SeBeLuM HaRi RaYa

0 comments




Trip memancing 2 hari sebelum hari raya saya bersama rakan, mr Mahmud dan mr Rosli di jambatan Bolong dengan misi mencari ikan siakap merah yang bersaiz 1- 5 kg yang sering dinaikkan kaki pancing sebelum ini. Oleh yang demikian kami membuat persiapan berbekalkan udang hidup dan beberapa udang tiger yang dibeli di kg Laya-Laya Tuaran. Sekitar jam 9.40 malam kami pun mula terpacak di jambatan Bolong dengan dengan tidak sabar-sabar menurunkan pancing dari atas jambatan..tapi malangnya sungai tuaran berwarna kopi susu, harapan untuk mendapatkan siakap merah musnah( sebabnya kelmarin hujan lebat melanda tuaran). Oleh kerana gian memancing kami tetap meneruskan trip ni juga...dengan harapan akan dapat ikan sembilang.dari mula kami sampai hinggalah jam 2.00 pagi, hanya getuan anak-anak ikan dan ikan duri yang memakan umpan..akhirnya jam 2.30 pagi mula berkemas pulang..
Walaubagaimanapun kami akan balik semula ke jambatan ini di lain hari..sbb kami pun nak berhari raya...

Kepada pengunjung blog ini , saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...bersama memeriahkan dunia pancing..selepas raya..jumpa lagi..

Thursday, September 10, 2009

KeNaNGaN di UPSI Tg. Malim Perak 2001-2005

0 comments





Gambar atas: Talapia Ipoh, Perak saiz bagak-bagak.Adzrol Mejor
Gambar 2 saya 3.saudara Tahir dan gambar 4. Kuslin dimana korang sekarang..bila lihat blog ni jangan lupa email saya

Wednesday, September 2, 2009

Kerapu Sg. Serusup, Tuaran

1 comments


Kelihatan aksi rakan seperjuangan dalam dunia pancing menarik ikan, saudara Azlee, Azizan dan Mr Radin

Tuesday, September 1, 2009

Sg. Betutai, Tuaran

0 comments


Pendapatan selama 3 jam memancing di sg Betutai tuaran, Trip memancing ini dilakukan sebelum puasa bermula jam 3 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

Friday, August 28, 2009

iKaN 2oo8

0 comments


Trip Ramadhan..

0 comments





Trip bulan puasa 27 ogos 2009.. Oleh kerana gian nak mancing, saya, mr Lee dan mr radin merancang trip mancing. perancangan awal nak mancing bertiga walaubagaimanpun saat akhir mr lee tarik diri ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Saya dan Mr.radin tetap meneruskan trip. jam 9.20 malam kami bertolak dari gayang tuaran dengan matlamat mencari "Tambong". Oleh kerana bulan puasa saya membawa bekalan untuk bersahur kerana target mancing sampai pagi.Bila sampai di takat yang biasa kami mancing ramai kaki pancing yang berkampung pada malam tu..harapan untuk mencari tambong tidak berjaya.. jadi sebagai ganti kami pindah ke port lain... malangnya tiada sambutan sang ikan... mungkin ikan pun baru lepas berbuka puasa... kata mr radin.. kami pindah lagi pada port lain barulah ada sentapan pari...tapi pari juvenil..dan ikan pelbagai jenis bersaiz kecil..kami berpindah port lagi pada jam 2 pagi.. berdekatan sangkar ikan..setengah jam kemudian saya menerima sentapan tapi malangnya rabut...tidak lama selepas itu saya menerima sentapan kali kedua barulah naik siakap merah sekilo rasanya(tengok gambar)seterusnya siakap saya yang kedua.. kecil sangatlah mak ngah..empat sentapan pada mr radin tapi sayang semuanya rabut...dua sentapan terakhir pada saat air mula surut laju jam 5.00 pagi malangnya bapak bedukang mungkin anggaran 2 kilo(tangkap @ lepas)menjadi penamat kepada trip malam ni...setelah pagi kami mula trolling dan mr. radin dapat sentapan alu-alu sekitar seklio lebih agaknya(tengok video dibawah)..sebagai penutup tirai pada trip kali ini.