Monday, March 29, 2010

SG.TUARAN DAN KOTA BELUD

0 comments






Trip Penghujung Mac di tuaran hanya menghasilkan ikan gelama dan siakap merah saiz bawah 1 kg(gambar atas mentua dengan ikan Bedukang, mula2 ingatkan sembilang besar). Begitu juga trip Rampayan laut Kota Belud hanya gelama sebesar tapak tangan rajin meragut umpan. walaubagaimanapun 3 strike masing2 1 strike Datuk K, Mentua dan saya sendiri(mungkin selunsung/siakap)di kampung Rampayan Laut di Lubuk Baru kami temui berjaya memutuskan perambut 25 paun berdiameter kecil dengan beberapa henjutan yang amat mendebarkan. Semua strike ini gagal dinaikkan tali perambut putus begitu saja. Tidak apa tu cabaran kali ini ikan menang, next time kami pula menang.. Mahu tahu apa pemangsa yang ganas tu.

Friday, March 19, 2010

Takat St Joseph dan 360

0 comments














Trip 15-18 Mac 2010 di takat St joseph dan takat 360 yang disertai oleh 10 pemancing tegar(Saya, Datuk K, Gaddafi,Taip dan lain2) mendatangkan hasil kurang memuaskan.Hari pertama kami sudah dilambung ombak 2.3 meter hingga 3.5 meter, hari kedua agak teduh sekitar 1.5 meter dan hari ketiga ombak sama dengan hari pertama akibatnya lebih kepada tidur kerana kebanyakanya pening lalat.Saya sendiri terpaksa tidur pada malam hari pertama dan ketiga kerana pening lalat dilambung gelombang sedangkan pada waktu malamlah ikan berskala besar yang meragut umpan, natijahnya saya hanya mendapat ikan sekitar 2 kilo(kerisi bali) kebetulan pula saya duduk di depan dan sentiasa basah kuyup di belasah ombak...nasib badanlah katakan.Walaubagaimanapun inilah hasil kekawanya saya yang merasa tarikan ikan berskala besar dan jenis berkualiti di pasaran. Trip bulan April pad 2-4/4/2010 sedang di atur sesiapa yang berminat boleh hubungi Datuk K pada talian 014-8642871

Saturday, March 6, 2010

Tenggiri Rampayan Laut Kota. Belud

0 comments




trip trolling pulau keramat 6/3/2010 bersama datuk K dan abang Ipar di kampung Rampayan laut Kota Belud. Trip kali ini hanya menghasilkan ikan tenggiri kontot yang dibaham oleh pemangsa lain semasa aksi tarik menarik berlaku.Oleh kerana kami turun lewat dan hanya memakan masa kira2 hampir 1 jam lebih saja trolling hasil pun tidak memuaskan.Tak tahan panas semasa jam menunjukkan 10.30 pagi, panas terik.