Trip 15-18 Mac 2010 di takat St joseph dan takat 360 yang disertai oleh 10 pemancing tegar(Saya, Datuk K, Gaddafi,Taip dan lain2) mendatangkan hasil kurang memuaskan.Hari pertama kami sudah dilambung ombak 2.3 meter hingga 3.5 meter, hari kedua agak teduh sekitar 1.5 meter dan hari ketiga ombak sama dengan hari pertama akibatnya lebih kepada tidur kerana kebanyakanya pening lalat.Saya sendiri terpaksa tidur pada malam hari pertama dan ketiga kerana pening lalat dilambung gelombang sedangkan pada waktu malamlah ikan berskala besar yang meragut umpan, natijahnya saya hanya mendapat ikan sekitar 2 kilo(kerisi bali) kebetulan pula saya duduk di depan dan sentiasa basah kuyup di belasah ombak...nasib badanlah katakan.Walaubagaimanapun inilah hasil kekawanya saya yang merasa tarikan ikan berskala besar dan jenis berkualiti di pasaran. Trip bulan April pad 2-4/4/2010 sedang di atur sesiapa yang berminat boleh hubungi Datuk K pada talian 014-8642871
3 ChalkFish | IkanKapur Saiz Padu
-
Spesis: Ikan Kapur(Dart Fish)
Lokasi: Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu.
Time: 17/10/2024 - 9:30am
Teknik: Casting
Setup:
Reel: Shimano Sienna 200...
1 month ago
0 comments:
Post a Comment