Trip Mancing 31 /10/2010 bersama Datuk K dan Saudara Azizan...hanya menghasilkan 1 siakap dan 1 ekor sepit biru..sepit biru ini adalah rekod terbesar yang saya naikkan secara peribadi di sungai ini..ukuran dari ekor hingga hujung sepit 2 kaki 1 inci, ukuran dari ekor hingga hujung tanduk 1 kaki..ukur lilit kepala tengah 7.5 inci.....monster pertama saya di sungai ini...
Sunday, October 31, 2010
Sepit Biru Sg.Tuaran
Posted by Junaidih. S at 3:32 AM 0 commentsTuesday, October 26, 2010
KURAU SG SAMBA
Posted by Junaidih. S at 4:57 PM 0 comments
Kurau yang diperolehi oleh saudara Mahmud dengan sepupunya di Sg. Samba. Kira Rekod jugalah sebab jarang atau tidak pernah saya mendapat ikan kurau di kawasan ini....kecuali di Sg Serusup...tidak mustahil ikan ini berhijrah hingga ke hulu Sg Samba dari Sg Serusup kerana keadaan air masin mula naik ke hulu sebab kemarau beberapa minggu ni..
Saturday, October 23, 2010
Hasil Pancingan Tepi Sangkar
Posted by Junaidih. S at 5:12 AM 2 comments
Trip 23/10/2010...Trip di Sg Batangan Baru bersama Datuk K dan Yus....Hasil amat memuaskan..bahagian saya saja satu baldi kecil pelbagai jenis ikan..... target asal adalah layan anak ikan putih..tetapi kekadang ada juga monster sesekali meragut umpan. Datuk K saja mendapat 2 strike yang menyaksikan perambut 25 paun putus begitu saja...nak bagi tali..ikan memecut laju ke bawah sangkar jadi terpaksalah ketatkan drag....hasilnya kempunan.....pakai perambut besar ikan tak makan pula...nasib badanlah..
Monday, October 18, 2010
Sg. Termenung
Posted by Junaidih. S at 6:19 AM 0 comments
Trip 16/10/2010 bersama Rahman di Sg Termenung hanya menghasilkan 4 ekor siakap merah besar tapak tangan...banyak masa dihabiskan termenung menunggu ikan meragut umpan dan berborak dengan pemancing lain disebelah perahu kami..hanya Rahman yang merasa tarikan kasar..walaubagaimanapun setelah bertarung hampir seminit ikan dapat memutuskan perambut 30 paun...ish..sayang..sementara saya asyik ambik gambar sehinggakan sempat juga ambik gambar awan berbentuk burung...