Tuesday, December 29, 2009

PaRi Kg. NaNaMuN KoTa BeLuD.

0 comments

video

IkAn SiAkAp Merah Kg. Nanamun

0 comments




Trip 29/12/2009 bersama adik ipar dan Datuk K..memburu ikan siakap Merah..dikira Sukses..kerana tarikan ikan pada trip ini melebehi 30 kali(strike) banyak yang rabut. Bonus seekor pari anggaran lebih 5 kilo.

Saturday, December 26, 2009

Trip Krismas "Menyelam Sambil Minum Air"

0 comments






Menjelang Krismas 25/12/2009..Saya,Abang,Datuk K dan Abang Ipar mencuba nasib di kg Halaman saya Di Kg.Rampayan Laut. Kota Belud. Jam 3.00 selepas sembahyang jumaat kami menurunkan perahu di sungai kelihatan ramai pemancing ditepi2 sungai..ada yang memasang Khemah(macam pesta Krismas pula).Hampir kesemua pemancing yang memancing di kampung ini adalah orang luar(dari kg jawi2, Taun gusi, Tempasuk dan lain2) pelik juga budak2 kampung saya ni bukan suka memancing kalau ada pun mesti naik perahu dayung(mancing pakai koyan)mereka tak minat mancing guna joran.Semalaman kami memancing hanya beberapa ekor tambung dan siakap merah, sembilang dan pari..Saya 2 kali rabut dengan menggunakan perambut 25 paun..entahlah ikan apa yang gagah tu..eee..Kelihatan dalam gambar Datuk K(Pegang sembilang dan Tambong...EEEE yang pegang Tenggiri dan ikan kayu tu abang ipar saya(kebetulan pagi2 tu nelayan baru sampai dari laut jadi saya belilah ikan tenggiri tu(RM10 sekilo)segar lagi belum sempat masuk ais, boring juga balik2 makan tambong dengan siakap merah.

Tuesday, December 22, 2009

Trip Siakap Merah

0 comments


Saya, Mahmud dan Azizan mengadakan trip 22/12/2009. di sungai samba, menghasilkan ikan siakap 2 ekor bawah sekilo dan beberapa ekor "tambong" dan kerapu.

Sunday, December 20, 2009

Kg.Rampayan Laut . Kota Belud

0 comments




Trip bersama adik ipar bermula 3.00 ptg -6.50 ptg menghasilkan 2 siakap merah dan seekor pari. hanya satu sentapan kasar dengan umpan udang saiz XL tapi rabut..

Monday, December 7, 2009

Sg. Serusup ,Tuaran

0 comments



Trip memancing 6/12/2009 jam 3.30ptg - 8.00 malam.Trip mancing Saya dan Mahmud hanya menghasilkan ikan Cermin(rambaian) dan gerut saiz bawah 1 kilo.Trip kurang sukses...

Trip. Sg. Rampayan Laut Kota Belud

0 comments





Trip 5/12/2009. Selepas gagal mendapatkan ikan dari sg.kg Tamau. Kami bergegas ke Kg. Rampayan Laut dan sampai sekitar jam 12.30 tgh.Air mula pasang..sayang umpan udang yang kami bawa telah mati kesemuanya..harapan untuk mendapatkan ikan merah tipis.Tapi kami masih berharap akan mendapat ikan sembilang walaupun ikan sembilang galak memakan umpan pada waktu surut laju di kampung ini.Ternyata harapan itu terkabul jua di mana saya menaikan sembilang 20 minit selepas melabuhkan umpan dan dituruti oleh 2 ekor sembilang bawah 1 kilo rasanya oleh adik ipar saya..kami menamatkan trip ini sekitar jam 4.30 petang.

Trip Sg. Kg. Tamau

0 comments


Panaorama Muara Sg.Kg Tamau.Trip mancing berlangsung pada 5/12/2009 dari jam 8.00 -12.00 tgh hanya menghasilkan anak-anak ikan kecil.

Wednesday, December 2, 2009

Ikan Merah Sg Serusup

0 comments



Trip 3.30ptg - 8.00 mlm menghasilkan 2 ikan merah saiz purata sekilo kepada saudara Azli dan beberapa ekor ikan putih dan kerapu bawah 500 gram..Sukses..yoo.... saya gagal menaikkan ikan merah pada malam ini..hanya memperolehi ikan kecil...