Monday, May 24, 2010

Historical Remains(Cannon)

0 comments




Meriam berusia ratusan tahun dimiliki oleh nenek moyang suku kaum irranun di Kampung Rampayan Laut Kota Belud.Sabah. Meriam ini dikuburkan bersebelahan pemiliknya. Sayang sekali meriam yang bersejarah ini akan hancur di mamah usia.. Kalaulah ada pihak yang dapat membaik pulih meriam ini dan mewujudkan taman peringatan di kampung ini dan jaga rapi serta dijadikan destinasi pelancongan sebagai tempat bersejarah akan memberikan seribu kenangan manis kepada penduduk kampung ini. Teramat sayang benda yang bersejarah ini lapuk dimakan usia..sedangkan meriam ini sama seperti yang digunakan oleh kesultanan Melaka tahun 1511.

Sunday, May 23, 2010

Takat Lok Bou Rampayan Laut.

0 comments








Trip ini pada mulanya dirancang pada malam ahad,terpaksa dibatalkan kerana ombak kuat di muara rampayan laut..jadi kami tunda kepada pagi ahad. 2 buah perahu menuju ke takat Lok Bou di awal jam 6.00 pagi. Saya, mentua,ipar(Jalumin), sepupu(Bakrim) dan saudara Sambulan.Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit dari jeti kampung rampayan laut. Kami mula menurunkan appolo..sambutan luar biasa ikan pisang2 besar tiga jari sehinggakan tangan saya lenguh menarik appolo..asal turun sepuluh mata..kesemua mata pasti penuh(3 tong kami penuh pisang-pisang)..ada juga beberapa ekor ebek kami perolehi menggunakkan appolo...Alu-alu mengganas menghentam apollo..jadi kami gunakan teknik bottom..tapi teknik karauan pantas perlu apabila alu-alu memakan umpan sekiranya tidak alamat putuslah..kalau gunakan perambut dawai..alu-alu tak layan pun..alu-alu sini bijak(belas ekor juga kami dapat)...diorang nak tangsi juga itu pun setakat 60 paun saja. Jam 11.30 kami tamatkan trip ini.

Saturday, May 8, 2010

MeNTuA Ku PeMaNciNg TeGaR

1 comments




Trip berdua bersama mentua di Kg. Rampayan Laut pada 8 Mei 2010 menghasilkan 2 ekor pari dan 27 ekor ikan kerisi dan lain-lain jenis ikan..oleh kerana mentua mempunyai minat yang sama dengan saya boleh dikatakan dimana ada lubuk memancing di laut atau sungai mentua sentiasa bersama. Beliau lebih 'hardcore'...aktiviti menyelam, memburu menjadi mainan beliau..walaupun sudah pencen dan berumur tenaga beliau masih saya tidak dapat tandingi dalam bab daya tahan berpanas dilaut dan stamina....Moga beliau sentiasa Sihat.

Sunday, May 2, 2010

Stingray RaMpAyAn LaUt RiVeR

0 comments








1 Mei 2010..(Cuti Hari Perkerja) Trip Rampayan Laut Kota Belud menghasilkan Pari 5.2 kg.Datuk K juga yang bertuah menaikan pari ini dengan tali utama dan perambut 25 paun. Secara keseluruhan trip kami hanya menaikkan beberapa ekor ikan merah, jenahak, ikan putih saiz tapak tangan serta baby sembilang. Saya ada menerima rentapan sehingga drag utama beberapa kali saya longgarkan akibat tekanan melampau sang ikan tapi malangnya ikan terlepas pula..(mungkin sebab mata kecil yang saya gunakan target ikan putih tapak tangan..kempunan aku melihat ikan tersebut).Gambar 5 dari atas saudara Alfie from kelantan dan gambar 4 adik ipar Datuk K..geng pancing Baru( Heee...selamat berkecimpung dalam dunia pancing).