Sunday, May 23, 2010

Takat Lok Bou Rampayan Laut.








Trip ini pada mulanya dirancang pada malam ahad,terpaksa dibatalkan kerana ombak kuat di muara rampayan laut..jadi kami tunda kepada pagi ahad. 2 buah perahu menuju ke takat Lok Bou di awal jam 6.00 pagi. Saya, mentua,ipar(Jalumin), sepupu(Bakrim) dan saudara Sambulan.Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit dari jeti kampung rampayan laut. Kami mula menurunkan appolo..sambutan luar biasa ikan pisang2 besar tiga jari sehinggakan tangan saya lenguh menarik appolo..asal turun sepuluh mata..kesemua mata pasti penuh(3 tong kami penuh pisang-pisang)..ada juga beberapa ekor ebek kami perolehi menggunakkan appolo...Alu-alu mengganas menghentam apollo..jadi kami gunakan teknik bottom..tapi teknik karauan pantas perlu apabila alu-alu memakan umpan sekiranya tidak alamat putuslah..kalau gunakan perambut dawai..alu-alu tak layan pun..alu-alu sini bijak(belas ekor juga kami dapat)...diorang nak tangsi juga itu pun setakat 60 paun saja. Jam 11.30 kami tamatkan trip ini.

0 comments:

Post a Comment