Thursday, December 15, 2011

Belais Karambunai

0 comments




Trip 14/12/2011 berama Amir ....kami berjaya menaikkan ikan belais sebanyak 24 ekor, sekor alu-alu. ikan sebelah dan 2 ekor ikan tanda...kira sukses juga buat lauk 2 hari...

Monday, December 12, 2011

MJ SG. BETUTAI

0 comments



Trip 12/12/2011..di Sg Betutai bersama adik ipar,Mahmud dan Victor...menghasilkan beberapa ekor MJ saiz S...hanya sekali sahaja sentapan tahap monster berlaku pada handline adik ipar saya...sehinggakan jari beliau terluka oleh ketajaman tangsi yang dihenjut laju oleh pemangsa yg tidak diketahui...perambut 40 paund putus...mungkin ikan ini dapat ditewaskan sekiranya tangsi handline ni panjang malangnya tangsi tidak sampai 20 meter...kempunanan bro..

TRIP TAK JADI

0 comments




Alahai Trip 8/12/2011 yang dirancang ke Pulau Mantanani..terpaksa dibatalkan kerana ombak kuat...kami dah bersedia di jeti kg Rampayan Laut...kempunan saudara Iskandar dari Melaka menduga laut sekitar Pulau Mantanani...tujuan utama beliau bertandang ke Sabah adalah untuk menduga perairan Sekitar Pulau dan menghadiri majlis perkahwinan keluarga...tak apelah Is...tahun depan boleh datang lagi dalam bulan Mac...

Monday, December 5, 2011

IKAN CERMIN (RAMBAIAN)

0 comments




Trip bersama biras dan adik ipar menghasilkan beberapa ekor ikan saiz medium sahaja...syukurlah terubat juga gian memancing...Biras saya(dalam gambar diatas) yang baru mula berjinak-jinak dalam bidang ini nampaknya mula ketagih dah...hantu pancing sudah mariiiii......