Friday, August 28, 2009

Trip Ramadhan..





Trip bulan puasa 27 ogos 2009.. Oleh kerana gian nak mancing, saya, mr Lee dan mr radin merancang trip mancing. perancangan awal nak mancing bertiga walaubagaimanpun saat akhir mr lee tarik diri ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Saya dan Mr.radin tetap meneruskan trip. jam 9.20 malam kami bertolak dari gayang tuaran dengan matlamat mencari "Tambong". Oleh kerana bulan puasa saya membawa bekalan untuk bersahur kerana target mancing sampai pagi.Bila sampai di takat yang biasa kami mancing ramai kaki pancing yang berkampung pada malam tu..harapan untuk mencari tambong tidak berjaya.. jadi sebagai ganti kami pindah ke port lain... malangnya tiada sambutan sang ikan... mungkin ikan pun baru lepas berbuka puasa... kata mr radin.. kami pindah lagi pada port lain barulah ada sentapan pari...tapi pari juvenil..dan ikan pelbagai jenis bersaiz kecil..kami berpindah port lagi pada jam 2 pagi.. berdekatan sangkar ikan..setengah jam kemudian saya menerima sentapan tapi malangnya rabut...tidak lama selepas itu saya menerima sentapan kali kedua barulah naik siakap merah sekilo rasanya(tengok gambar)seterusnya siakap saya yang kedua.. kecil sangatlah mak ngah..empat sentapan pada mr radin tapi sayang semuanya rabut...dua sentapan terakhir pada saat air mula surut laju jam 5.00 pagi malangnya bapak bedukang mungkin anggaran 2 kilo(tangkap @ lepas)menjadi penamat kepada trip malam ni...setelah pagi kami mula trolling dan mr. radin dapat sentapan alu-alu sekitar seklio lebih agaknya(tengok video dibawah)..sebagai penutup tirai pada trip kali ini.

0 comments:

Post a Comment