Monday, February 1, 2010

Lubuk Rahsia Siakap Merah Kg. Rampayan Laut





Trip 30.01.2010 bersama datuk K dan abang ipar merupakan penutup tirai bagi bulan januari. Seperti biasa trip ini dikira sukses kerana menghasilkan siakap merah sebanyak 23 ekor(tidak termasuk yang rabut tidak lebih daripada 10 sentapan)2 ekor anak jenahak(tambong) 1 ekor sembilang dan lain-lain jenis anak ikan tidak masuk dalam gambar.Lubuk rahsia ini jarang mengecewakan team barira,.. jika keadaan air dan arus yang sesuai..Rekod terbaik pada lubuk ini melebihi 30 ekor siakap merah.Trip kali hanya menghasilkan siakap merah bawah 600gram.Walaupun gagal menaikkan siakap merah atas sekilo sekurang-kurangnya terubat juga rasa gian sentapan ikan merah ni...sementara gambar pokok herba yang paling atas digunakan untuk menawarkan bisa sengatan serangga dan ikan sembilang(cara menggunakan kunyah/tumbuk daun dan akarnya dan tampal ditempat yang disengat..selamat mencuba herba ini..ia banyak tumbuh di sekitar berhampiran tebing sungai...

0 comments:

Post a Comment