Trip di sungai Samba, Tuaran awal April ini bersama Datuk K dan Mahmud menerima amukan ikan bandang saiz S.Bertubi-tubi amukan sang Bandang sehingga 4 strike sekaligus..tidak menang tangan dibuatnya.Malangnya dalam puluhan strike yang diterima hanya 15 ekor berjaya dinaikkan..asyik melompat dan terlepas....dengan kaedah karauan laju tanpa belas kasihan dan menggunakan mata kail jenis Chinu barulah bandang ini mudah ditewaskan. Bonus Ikan siakap merah sekilogram diperolehi oleh saudara Mahmud dan pelbagai lagi ikan menjadi habuan kami hari ini..cuma saiz XL langsung tidak menjelma walaupun berjam-jam seekor udang harimau sebesar 2 jari aku rendam di sungai samba ini menanti sentapan ikan saiz XL...nampaknya tiada yang sudi...
Banjir Besar 2023 Kampung Minda, Jerangau, Dungun
-
Banjir besar di Kampung Minda, Jerangau, Dungun, Terengganu... banjir pada
25 - 27 Disember 2023 kali ini dikatakan teruk juga tetapi kecil sedikit
berba...
3 months ago
1 comments:
Thanks greaat blog
Post a Comment