Memancing di Sg. Tuaran jam 2.00- 5.40 petang bersama anak dan Rahman.Menghasilkan ikan bedukang dan duri. Hanya saudara Rahman merasa bertarung sembilang saiz XXL.Tapi malangnya tali perambut 30 pound putus semasa beliau cuba menaikkannya dari tebing sungai yang agak tinggi(Alahai bukan rezekilah tu).Sementara budak kecik dalam gambar adalah anak(izzul) saya, sangat minat memancing....asal mancing mesti mahu ikut..tapi saya jarang bawa.. kecuali di kawasan tebing2 sungai atau pantai..masih kecik lagi..Tapi kekadang kesian juga..merayu-rayu mahu ikut...terpaksa bawalah..lagipun dialah bakal pewaris "Fishing Equipment" saya satu hari nanti...
Banjir Besar 2023 Kampung Minda, Jerangau, Dungun
-
Banjir besar di Kampung Minda, Jerangau, Dungun, Terengganu... banjir pada
25 - 27 Disember 2023 kali ini dikatakan teruk juga tetapi kecil sedikit
berba...
4 months ago
0 comments:
Post a Comment