Trip memancing 2 hari sebelum hari raya saya bersama rakan, mr Mahmud dan mr Rosli di jambatan Bolong dengan misi mencari ikan siakap merah yang bersaiz 1- 5 kg yang sering dinaikkan kaki pancing sebelum ini. Oleh yang demikian kami membuat persiapan berbekalkan udang hidup dan beberapa udang tiger yang dibeli di kg Laya-Laya Tuaran. Sekitar jam 9.40 malam kami pun mula terpacak di jambatan Bolong dengan dengan tidak sabar-sabar menurunkan pancing dari atas jambatan..tapi malangnya sungai tuaran berwarna kopi susu, harapan untuk mendapatkan siakap merah musnah( sebabnya kelmarin hujan lebat melanda tuaran). Oleh kerana gian memancing kami tetap meneruskan trip ni juga...dengan harapan akan dapat ikan sembilang.dari mula kami sampai hinggalah jam 2.00 pagi, hanya getuan anak-anak ikan dan ikan duri yang memakan umpan..akhirnya jam 2.30 pagi mula berkemas pulang..
Walaubagaimanapun kami akan balik semula ke jambatan ini di lain hari..sbb kami pun nak berhari raya...
Kepada pengunjung blog ini , saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...bersama memeriahkan dunia pancing..selepas raya..jumpa lagi..
Banjir Besar 2023 Kampung Minda, Jerangau, Dungun
-
Banjir besar di Kampung Minda, Jerangau, Dungun, Terengganu... banjir pada
25 - 27 Disember 2023 kali ini dikatakan teruk juga tetapi kecil sedikit
berba...
4 months ago
0 comments:
Post a Comment