Thursday, December 23, 2010

Siakap Merah Sg.Batangan Part 2

0 comments



Trip 23 Dis 2010 dari 2.30-6.40 petang, bersama Zorro di sg,Batangan Baru menghasilkan beberapa ekor Belais,Kitang dan anak2 ikan. Hanya Siakap Merah Tunggal hampir 2 kilo berjaya saya naikkan apabila waktu hampir senja..itu pun kepala ikan ni banyak kecederaan...terubat juga gian nak menarik siakap atas sekilo ni....

Tuesday, December 21, 2010

SEPIT BIRU WESTON,

0 comments







Reunion bersama rakan kelas di pada tahun 1991 di Tiara Hotel Pulau Labuan..sedih dan gembira bercampur aduk apabila bertemu semula 20 tahun selepas alam persekolahan..yang sedihnya pula terpaksa berpisah lagi selepas pertemuan ini....selepas reunion ini saya sempat lagi meluangkan masa memancing sepit biru di Pusat peranginan Ko Nelayan Weston...pakej yang disediakan RM 35 seorang dan boleh mancing puas-puas...kalau tak nak menginap boleh bayar RM 3 untuk tiga jam dan lepas tu seringgit setiap jam.

Friday, December 10, 2010

Holiday at Shenzhen, China 2010

0 comments





Mancing... Mancing juga...cuti-cuti bersama isteri jangan dilupa...trip di Shenzhen bersama isteri dan anak buah...sempat lagi makan ikan segar di hotel Muslim di Lu Ho...lain tempat payah cari makanan halal...nasib baiklah ada AIRASIA..bersesuaian dengan sloganya everyone can fly... boleh juga melancong kalau tidak melancong sajalah di Kapal Pancing..

Thursday, December 9, 2010

Zorro Memancing

0 comments






Gambar-gambar yang belated di upload pada trip 2 minggu lalu...anggota baru... zorro..menaikkan beberapa ekor siakap merah dan Rahaman juga tidak ketinggalan menaikkan spesis yang sama. Sementara siakap diatas adalah rekod peribadi saya menggunakan tali 8 paun....koyan dengan tali 8 paun saya gunakkan untuk mengail ikan Belais dan Kitang..tapi siakap pula memakanya...kira bonuslah...

Wednesday, December 8, 2010

Siakap Merah Sg.Batangan Baru

2 comments



Trip 8/12/2010(2.00-6.00 petang) bersama adik bongsu di sungai Batangan Baru, Tuaran. Menghasilkan beberapa ekoar siakap merah dan kerapu dibawah 1 kilo.....

Wednesday, December 1, 2010

Mantanani 2

2 comments




Trip Mantanani 2, disertai oleh Saya,Malik, Datuk K,Rahman,Radin dan Mahmud..Hanya 3 ekor saiz besar bejaya dinaikkan tenggiri,Aruan Tasik dan Ikan Cermin yang lain saiz sekilo...seperti tambak, ikan putih dan yang paling banyak saiz 500gram...trip semalaman ini menimbulkan kesengsaraan kepada sebilangan daripada kami kerana cuaca berombak(ombak utara..kapal tidak berhenti berlenggang semalaman) dengan angin yang kuat..jawabnya banyak yang tidur..tapi ada juga hasil untuk dibawa pulang