Friday, August 28, 2009
Trip Ramadhan..
Posted by Junaidih. S at 4:13 AM 0 comments
Trip bulan puasa 27 ogos 2009.. Oleh kerana gian nak mancing, saya, mr Lee dan mr radin merancang trip mancing. perancangan awal nak mancing bertiga walaubagaimanpun saat akhir mr lee tarik diri ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Saya dan Mr.radin tetap meneruskan trip. jam 9.20 malam kami bertolak dari gayang tuaran dengan matlamat mencari "Tambong". Oleh kerana bulan puasa saya membawa bekalan untuk bersahur kerana target mancing sampai pagi.Bila sampai di takat yang biasa kami mancing ramai kaki pancing yang berkampung pada malam tu..harapan untuk mencari tambong tidak berjaya.. jadi sebagai ganti kami pindah ke port lain... malangnya tiada sambutan sang ikan... mungkin ikan pun baru lepas berbuka puasa... kata mr radin.. kami pindah lagi pada port lain barulah ada sentapan pari...tapi pari juvenil..dan ikan pelbagai jenis bersaiz kecil..kami berpindah port lagi pada jam 2 pagi.. berdekatan sangkar ikan..setengah jam kemudian saya menerima sentapan tapi malangnya rabut...tidak lama selepas itu saya menerima sentapan kali kedua barulah naik siakap merah sekilo rasanya(tengok gambar)seterusnya siakap saya yang kedua.. kecil sangatlah mak ngah..empat sentapan pada mr radin tapi sayang semuanya rabut...dua sentapan terakhir pada saat air mula surut laju jam 5.00 pagi malangnya bapak bedukang mungkin anggaran 2 kilo(tangkap @ lepas)menjadi penamat kepada trip malam ni...setelah pagi kami mula trolling dan mr. radin dapat sentapan alu-alu sekitar seklio lebih agaknya(tengok video dibawah)..sebagai penutup tirai pada trip kali ini.
TrOLLinG 28 OGOS 2009
Posted by Junaidih. S at 4:00 AM 0 comments
MR. Radin Sedang menarik ikan alu-alu di gayang tuaran sabah pada pukul 8.30 pagi.
Wednesday, August 26, 2009
SiSteM TagAL(BoMBoN)
Posted by Junaidih. S at 2:23 PM 0 commentsTuesday, August 25, 2009
Jom Pancing Ikan Todak
Posted by Junaidih. S at 1:58 PM 0 comments
gambar todak ini diambil dpda blog iky......
Sebilangan kawan-kawan apabila dipelawa memancing ikan todak mereka tidak berminat. alasan yang diberikan ia tidak mencabar. WALAUBAGAIMANPUN..tanggapan ini salah, sebab belum cuba belum tahu..Biasanya apabila memancing ikan ini, gunakanlah set pancing ringan pasti henjutan yang luar biasa akan menyebabkan ketrujaan yang melampau kepada anda.Teknik memikat ikan ini,dengan kaedah hanyut berpelampung macam pancing tenggiri.. gunakan umpan basung(selayang)seekor dan gunakan perambut dawai 20-30 paun kurang daripada itu pun lagi best..mata kail saiz 3-4 guna 2 atu tiga untuk memastikan sambaran ikan tidak miss.. kalau satu selalunya miss.. biasalah mulut ikan jenis ni keras..kalau nak mancing jenis ikan ni biasanya kalau musim bilis..januari-mac.port yang biasa terokai ialah kg.rampayan laut kota belud. berbelas ekor gerenti naik ..disamping tunggu ikan todak makan pancing boleh juga mancing dasar sebab kawasan memancing ikan ni berdekatan terumbu karang..
Monday, August 24, 2009
bila musim sotong.. aksi menyelam akan bermula di kg ini
Sunday, August 23, 2009
troling di Rampayan juga... sampai lapan sentapan dalam masa 2 jam